|
KUALI SINAR 1 : ayam feat nangka masak lemak cili api |
Dihantar oleh: SHARIFFAH SHAKINAZ NUR RAHIM AL - JAMALLULLAIL
Tarikh : 18-Nov-2008
Nama Resipi: ayam feat nangka masak lemak cili api
Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam
500gm nangka muda
12 btg cili api kampung
1" kunyit hidup
1 biji bwg besar
3 sudu besar kerisik
1 mangkuk sederhana santan pekat
garam agak2..
2 helai daun limau purut
Cara Memasak: mula2 bersihkan ayam.masukkan dlm periuk.( jgn mask dlu ) kemudian masukkan nangka yg di basuh...pastu kisarkan cili api,bwg dan kunyt idup td..bubuh daun limau purut td..sekarang baru masakkan atas daput...bubuh air 1 cawan ....bila nangka dah btok empok...buh santan...kaco trus ( jgn tinggalkan nnti pecah minyak..x cantik ) pastu bru masukkan kerisik td..bubuh la garam..kaco kejap..dn rase skit dulu kou tawar ker...kalo dh ok...tutup api..bolehlah hidangkan....SELAMAT MENCUBA...
Cara Hidangan: HIDANGKAN DGN NASI PANAS..KALO NAK KAWW LG..MAKANLAH DGN SAMBAL TEMPE...PEHHHH...MEMANG TERANGKAT....
|
| |
|
| |
KUALI SINAR 2 : udang masak lemak cili api dgn rebung |
Dihantar oleh: liza baharudin
Tarikh : 30-Oct-2008
Nama Resipi: udang masak lemak cili api dgn rebung
Bahan-bahan: udang 1/2 kg
rebung 1/2 kg
cili api 50 biji
2 ketul kunyit sebesar ibu jari kaki
1 kg santan pekat
garam
ajinomoto
Cara Memasak: 1. bersihkan udang dan rebung
2. tumbuk lada api ngan kunyit sehingga lumat
3. masukkan santan pekat serta kunyit dan lada api yg telah ditumbuk lumat td ke dalam periuk
4. renehkan sehingga separuh mendidih
5. masukkan udang dan rebung ke dalam santan yang telah direneh separuh mendidih tadi.
6. masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa
7. kacau sehingga mendidih untuk memastikan santan tidak berbentel
Cara Hidangan: 6 orang
|
| |
|
| |
KUALI SINAR 3 : kerabu pelam |
Dihantar oleh: nor baizura byman
Tarikh : 23-Oct-2008
Nama Resipi: kerabu pelam
Bahan-bahan: 1 biji pelam, 1/2 mangkuk ikan bilis kurang masin 1 biji bawang besar 1/2 udang kering di goreng & d tumbuk kacang tanah di tumbuk 1 batang bunga kantan 6 biji cili padi 2 sudu besar gula garam,serbuk perasa.
Cara Memasak: pelam di kupas dan diparut halus2,hiris nipis bunga kantan,cili padi dan bawang besar..kemudian,goreng ikan bilis dan sejukkan kemudian di tumbuk kasar2..satukan bhn2 ini dan masukkan gula,garam,serbuk perasa dan kacang tanah..
Cara Hidangan: siap untuk dihidang untuk 3-4 orang
|
| |
|
| |
KUALI SINAR 4 : gulai udang jagung muda |
Dihantar oleh: nooraza che halim
Tarikh : 14-Oct-2008
Nama Resipi: gulai udang jagung muda
Bahan-bahan: 1- sekilo udang sederhana besar. 2- 3-4 bungkus anak jagung (banyak pun takpe. tak perlu dibuang semua daunnya. tinggalkan sedikit bahagian dalam yang lembut)3- 2bungkus kecil rempah kari udang/ikan. 4- 3ulas bawang merah dan 2ulas bawang putih. 5- sebiji kelapa diambil santannya. 6- 5-6 biji cili merah/hijau (potong tengah tapi tak putus). 7- setangkai daun kari. 8- minyak untuk menumis. 9- garam secukup rasa.
Cara Memasak: 1) panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi. 2) masukkan rempah kari dan kacau hingga rempah kari cukup masak. 3) masukkan santan, biarkan sehingga mendidih. 4) masukkan udang dan jagung. 5) masukkan garam. biarkan sehingga mendidih dan masak. boleh tambahkan perasa jika suka. 6) akhir sekali masuk cili merah dan hijau.
Cara Hidangan: untuk hidangan tengahari. boleh dimakan 5-6 orang bergantung kepada saiz udang.
|
| |
|
| |
KUALI SINAR 5 : Ayam Cornflake Warisan Isteri |
Dihantar oleh: Rizal Bin Kassim
Tarikh : 13-Sep-2008
Nama Resipi: Ayam Cornflake Warisan Isteri
Bahan-bahan: 1 keping dada ayam
50g tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar ait
cornflake yang tampa perisa
Baha Perap :-
1/2 sudu kecil lada hitam
1sk serbuk kari
1/2sk garam
minyak untuk mengoreng
Cara Memasak: 1. Bersihkan yam dan potong kecil- kecil.perapkan dengan bahan perap selama 15 minit
2. masukkan cornflake ke dalam beg plastik dan ramas kasar-kasar.masukan tepung,telur dan air ke dalam mangkuk.kacau hingga sebati
3. Masukkan kepingan ayam satu persatu ke dalam adunan tepung ,kemudain amil kepingan ayam yang kita letak dalam tepung tadi letak pula ke dalam cornflake
4. Goreng dalam minyak panas hingga perang
Cara Hidangan: Boleh dimakan dengan sos
Selamat mencuba resepi isteri saya
|
| |
|
| |
KUALI SINAR 6 : cendawan goreng bercili |
Dihantar oleh: fazila bt. mohamed
Tarikh : 10-Sep-2008
Nama Resipi: cendawan goreng bercili
Bahan-bahan: 300g cendawan tiram (leh beli kat pasar)
6 biji cili padi (kalu nak pedas leh tambah lagi)
3 ulas bwg putih
minyak, gula ,garam, serbuk perasa, sedikit air
Cara Memasak: 1. koyak2kan cendawan, basuh dan toskan (jangan rendam nnti lembik).
2. tumbuk bwg putih dgn cili padi (guna lesung batu tau).
3. panaskan minyak dlm kuali,tumis bwg dgn cili td,biar garing, masukkan cendawan, garam, gula dan serbuk perasa dan sdkt air.biar 2-3mnt. leh angkat utk dihidang.
Cara Hidangan: sedap makan panas2 dgn nasi putih... kalu nak sedap lagi leh la letak udang besar...
|
| |
|
| |
|