Caranya mudah saja! Hantarkan resepi anda ke segmen Kuali SINAR bersama Nila Kurnia dimana kami akan mempamerkan resepi anda di sini untuk dikongsikan bersama pendengar-pendengar yang lain.
Selain daripada berkongsi resepi, anda juga boleh menghantarkan petua memasak di segmen ini. Sekiranya anda mempunyai petua ataupun tip-tip memasak, jom kongsikan bersama pendengar-pendengar yang lain.
Bahan-bahan: 500gn udang basah
20 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
Sedikit belacan (dikisar bersama cili kering + bawang merah)
1 biji bawang besar (dihiris)
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak, garam dan gula pasir
Cara Memasak: 1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bahan yang telah dikisarkan bersama tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa secukupnya. Apabila mendidih, masukkan udang, garam dan gula pasir. Masak hingga pekat.
Cara Hidangan: Sedap dimakan dengan nasi panas ataupun roti.