paintball@sinar.fm


AKTIVITI TERKINI GALERI FOTO VIDEO PAINTBALL AGENDA AKAN DATANG

 

SINAR FM dengan bangganya melibatkan diri di dalam aktiviti sukan Paintball yang menyenaraikan beberapa pasukan yang terbentuk berdasarkan pendaftaraan penyertaan di laman web sinar.fm. Aktiviti sihat ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan satu acara yuang dikenali sebagai Police Sentry telah diadakan dan akan terus diadakan pada bila-bila masa.

 

Demi untuk mempersiapkan diri kami dengan cabaran yang bakal datang April ni, kami dengan giatnya menjalani sesi latihan setiap Ahad di MAPAAC di Padang Astaka, Petaling Jaya. Banyak lagi yang kami perlu baiki untuk memberikan gigitan yang lebih mendalam kepada pasukan-pasukan lain di Divisyen 2 yang nyata amat hebat, lincah & berpelangaman. Bagi anda yang tidak pernah berpeluang untuk mencuba sukan lasak ini, apa kata jika anda sertai kami dalam sesi latihan kami. Ni khas untuk anda, pendengar SINAR FM. Setelah berbincang dengan pihak MAPAAC, MAPAAC akan berikan pakej khas untuk anda. Anda hanya perlu membayar RM60 dan anda akan dibekalkan dengan kelengkapan paintball seperti facemask dan marker dan juga pallet sebanyak 500!!! Memang tak dapat tawaran seumpama ini di tempat lain. Untuk sertai, anda hanya perlu hantarkan e-mail dengan butir-butir peribadi lengkap ke jaja@sinar.fm, dan nantikan panggilan dari kami. Biasanya kami akan berlatih pada setiap Ahad jadi, luangkan hari Ahad anda dengan bersama kami. Kita main paintball! OK GO!!! GAME ON!!!

 

Maaf, tiada video pada masa ini!

Liga Paintball Kebangsaan Pusingan Ke-3

 

Lepas dah habis tourmanent kat Melaka, kita berehat la kejap.. Lepas dah berehat skit, kita training.. Lepas training, kita berjuang lagi kat tournament.. Tu la kehidupan seorang paintballer. Chewahh!! Haha! Pada 26 & 27 haribulah Jun ni, NPL 2010 Pusingan Ke-3 akan berlangsung. Kali ni lokasinya di Padang Taman Gelora, Kuantan Pahang.

 

Orang-orang Kuantan semuanya dijemput hadir untuk sama-sama saksikan aksi kitorang dan banyak lagi pasukan-pasukan yang akan bertanding. Memang gerenti 100% sure gempak punya! Puas hati! Hehe..

 

Kepada yang tak tahu, NPL Pusingan Ke-2 yang lepas telah berlangsung kat Dataran Pahlawan Melaka. Apa yang lainnya Dataran Pahlawan dengan tempat-tempat lain ialah padangnya; turf. Main paintball kat padang turf ni best sebab masa kita nak slide, kita akan slide lebih jauh skit. Licin je.. Hehe.. Maka, permainan & strategi pun jadi lain. Feel & mood pun jadi lain. Main kat padang rumput biasa pun ok jugak sebenarnya. Paintball tetap paintball. Memang masih boleh tembak orang dan ditembak (tapi kalau terer takde la kena tembak. Hehe..).

 

Jadi, luangkan masa anda pada hujung minggu ni, kita berkumpul ramai-ramai tengok Liga Paintball Kebangsaan Pusingan Ke-2 di Padang Taman Gelora Kuantan.

 

Jumpa di sana!!! 

 

GAME ON!!.

 

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB