Nama saya: Nila Kurnia Bt. Mohd Ariff
Umur saya dalam tempoh 10 dari sekarang: (Hmmmmmm…..Ahhhhh…?????)
Kaset/Album Pertama dimiliki dengan wang sendiri: tak ingat lah...tapi yang pasti beli kat pasar malam je.
Masakan pertama yang saya masak dengan jayanya: Maggi Kari (Umur 6 tahun kot masa tu...masak pun kena panjat bangku sbb comel sangat)
Lokasi perlancongan tempatan yang saya tak pergi-pergi lagi / kenapa: Sabah & Sarawak, entah ek?
Warna kegemaran saya dan mengapa: Mesti lah Itam sbb senang nak match dan boleh nampak slim sikit
Filem yang membuatkan saya ketawa: Sume citer kelakar P. Ramlee dan bila-bila berpeluang menonton semula filem lakonan Abang Jem (Salih Yaakob, alahai kudut bebenor dia masa tu!)
Saya menjadi seorang yang sensitif bila: Bila tengok anak-anak / budak-budak kecik sakit.
Saya akan pergi ke Jalan Masjid India…: Kalau dulu masa kecik, saya akan kesana dengan mak dan arwah abah saya untuk beli baju sekolah kat Globe Silk Store. Bila dah meningkat remaja, saya kesana setiap hari sebab belajar di salah sebuah kolej swasta kat situ, tapi kalau sekarang ni, saya cuma akan kesana dengan tujuan untuk TANGKAP FEEL RAYA di Kuala Lumpur, ataupun bila nak cari kain ela aje.
Sekiranya diminta menjadi wakil Malaysia ke PBB...Susah nak cakap. Banyak benda dan kata, antara boleh dengan tak boleh buat jer.
Terpilih sebagai duta makanan Malaysia ke satu pameran Makanan Dunia dan diminta mencipta satu resepi istimewa melambangkan budaya bangsa Malaysia, saya akan namakan resepi itu ‘Malaycious’.
Jika saya terserempak dengan hantu, rasanya saya akan cabut lari sambil baca ayat kursi.
Idola saya ialah…Mak ngan Abah saya
Erti persahabatan pada diri saya adalah, kawan dikala susah senang , sampai mati, ikhlas, jujur, setia dan jangan tikam belakang.
Rumahku Surgaku’ bermakna…Tempat Selamat Untuk Relax!