UTAMA »
Acara Mean Machines (M2) adalah autoshow terbesar di Malaysia. Lebih kurang 200 kerata modifikasi akan 'bertempur' di Autocity manakala 500 kereta dari kelab kereta akan berkumpul. Supercar, Superbikes dan kereta klasik juga akan dipamerkan.
Acara Mean Machines (M2) adalah autoshow terbesar di Malaysia. Lebih kurang 200 kerata modifikasi akan 'bertempur' di Autocity manakala 500 kereta dari kelab kereta akan berkumpul. Supercar, Superbikes dan kereta klasik juga akan dipamerkan.
Festival Buku Melayu 2010 akan berlangsung pada 23-27 sept 2010 bermula 9am hingga 5pm di Dewan Semarak, Akedemi Pengajian Melayu,Universiti Malaya. Festival ini diadakan bertujuan untuk mengumpul dana dan bahan bagi menyelenggara Projek Pustaka 2010 di Madrasah Tarbiah dan Projek Pustaka 2011 di Rumah-rumah Anak-anak Yatim Hulu Kelang Selangor.
dijemput para penderma darah untuk tampil menderma darah pada waktu malam di Unit Tabung Darah, HRPB, Ipoh bermula 17 Ogos 2010 hingga 8 Sept 2010 jam 8 malam hingga 10.30 malam.Aktiviti ini bertujuan untuk menampung bekalan darah di HRPB, Ipoh yang semakin berkurangan di bulan Ramadan dan untuk menghadapi Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
Pameran solo Zulkifli Yusoff - Negaraku yang akan mempamerkan himpunan karya beliau yang terkini berbentuk catan lukisan, catan, gabungan bahan dan installasi bersesuaian dengan sambutan hari Malaysia agar dapat mengembalikan semangat nostalgia, kedamaian dan menanam semula semagat patriotic kepada khalayak yang datang melihat karya beliau. Pameran solo ini akan diadakan dari 26hb Julai hingga 26hb September 2010 di Galeri 2A Balai Seni Lukis Negara. www.artgallery.gov.my
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi 03- 95438899 atau lawati www.sinar.fm
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara , sila e-mel kepada kami di infokomuniti@sinar.fm . Atau faksimili di talian 03-95430152
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.