UTAMA »

SOALAN LAZIM

Bagaimana nak menghubungi penyampai SINAR FM?
Kalau anda boleh baca jawapan ini anda semestinya ada akses ke Internet, jadi e-mel sahaja isi hati anda ke penyampai kesayangan anda itu. E-mel setiap penyampai boleh didapati dalam ruangan individu mereka. Cuma lawati ruangan Penyampai dan klik pada gambar penyampai pilihan anda.
Bagaimana mahu menghubungi bahagian promosi berkenaan peraduan dan hadiah?

Sila kemukakan segala pertanyaan mengenai peraduan di radio atau mengenai hadiah kepada Pembantu Promosi di talian 03-95438888 samb. 7210 atau e-mel terus ke tanyalah@sinar.fm

Untuk mendapat keterangan paling jelas dan cepat, pastikan anda tahu apakah nama peraduan yang anda sertai, tarikh juga hadiahnya.

Kenapa Infocuaca tidak tepat?
Tiada makhluk Allah di alam semesta ini yang boleh tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Perkara yang sama juga berlaku keatas Infocuaca yang DIRAMALKAN" oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia. Ramalan dibuat mengikut pelbagai faktor antaranya pergerakan angin, suhu, tekanan udara dan lain-lain. Hujan di Malaysia ada pelbagai jenis antaranya kelompok, sekejap-sekejap dan lain-lain. Ungkapan paling mudah adalah KAMI HANYA MERAMAL DAN TUHAN YANG MENENTUKAN.
Apakah nombor faksimili Pejabat Sinar FM?
Nombor faksimili Pejabat Sinar adalah 03-95433006
Apakah nombor untuk menghubungi studio Sinar FM?
Nombor telefon di studio Sinar FM ialah 03 -95432000
Apakah alamat radio Sinar FM?
Sinar FM, Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Bagaimana untuk mendengar Sinar FM melalui Internet?
Anda boleh mendengar Sinar FM melalui DVR Player yang terdapat di dalam laman web Sinar.fm. Lawati Laman Web Sinar.fm dan klik kepada ikon yang menunjukkan DVR Player. Tapi kena daftar dahulu! Kena dapatkan log masuk dan kata laluan.
Saya ingin tahu bagaimana mendapatkan barangan/Perkhidmatan yang diiklankan di Sinar FM?
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03-9543 8888 dan minta sambungan bahagian Jualan atau SALES
Bagaimana hendak mengiklankan sesuatu barangan?
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03 9543 8888 dan minta sambungan bahagian Jualan atau SALES atau Client Servicing
Bagaimana ingin menjadi penyampai Sinar?
Selalunya jika ada kekosongan kami akan mengiklankannya melalui hotspotz.com.my atau ada kalanya diumumkan di dalam laman Sinar Fm sendiri.
Bolehkah saya menghubungkan laman web saya dari laman web Sinar.fm?
Buat masa ini, kami tidak mempunyai segmen interaktif dalam laman web Sinar. Insya Allah, akan kami bangunkan segmen Interkatif dan bolehlah anda menghantar 'url' yang berbentuk hiburan untuk disiarkan kelak.
Bolehkah saya melawat studio Sinar FM? Adakah anda menyediakan jadual lawatan ke Studio?
Pucuk dicita ulam mendatang, tapi kenalah buat temujanji dahulu. Selalunya satu bulan sebelum tarikh lawatan. Lawatan hanya akan dibenarkan pada hari sabtu disebelah pagi dan mengikut kekosongan. Bukti permohonan bukanlah bukti penerimaan. Sila susuli dengan pertanyaan menerusi telefon. Sila hantar permohonan lawatan ke LAWATAN KE AMP (SINAR), Unit Publisiti Sinar, Airtime Management and Programming, Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. TEL: 03-9543 8888
Bilakah Sinar FM bermula?
Di peringkat permulaan Sinar FM bermula secara rasminya pada 1hb Mac 2004 di ferkuensi 96.7 fm , yang hanya boleh didengari di Lembah Kelang.

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!

  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB