Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

10 Tempat Menarik Untuk Adakan Majlis Tertentu

Kadang-kadang kita tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk mengadakan sesebuah majlis...

\
Oleh Ina Mohd . Sumber Says

Kadang-kadang kita tidak tahu tempat mana yang sesuai untuk mengadakan sesebuah majlis. Majlis yang dimaksudkan contohnya perkahwinan, sambutan hari lahir atau pun untuk meraikan hari kejayaan dan sebagainya. Buntu memikir itu sudah biasa. Jadi kami beri idea untuk anda mengadakan majlis di tempat yang bersesuaian. Mana tahu anda sedang merancang untuk membuat kejutan hari lahir buat keluarga mahupun rakan-rakan. Tidak perlu pergi jauh, di Klang Valley sahaja.

1.  EX8, Subang Jaya




EX8 memang tempat yang sesuai kalau mahu mengadakan acara yang peribadi. Anda juga boleh membuat sidang media di sini. Kapasiti pula 250 orang (duduk) dan boleh memenuhi ke 700 orang jika berdiri. Harga pula mereka boleh mengikut bajet yang anda berikan. Informasi : //www.venuescape.my/venue/EX8-/Subang-Jaya/67 .

2. Zebra Square, Jalan Tun Razak




Zebra Square memang popular dikalangan pereka fesyen kerana kebanyakkan acara diadakan di situ. Apa yang anda mahukan, penyelaras Zebra Square boleh bantu. Tidak kira dari segi peralatan, sistem bunyi, pencahayaan, semua mereka boleh bantu. Tempatnya juga sesuai untuk adakan majlis perkahwinan. Informasi : //zebrasquare.com.my/

3. Metal Bees, Sunway Damansara Technology Park, PJ




Metal Bees adalah tempat yang selesa dan kreatif untuk anda mengadakan sesebuah acara. Studio mereka terletak 20 minit (jika memandu) dari Kuala Lumpur. Ruangnya pula 4000 kaki persegi dan sesuai untuk mengadakan sidang akhbar, pelancaran produk, tayangan filem, fotografi  dan sebagainya. Informasi : //metalbees.com/

4. K’Seena House, Sungai Buloh




Kalau anda mencari tempat untuk membuat perkahwinan ala-ala dalam taman, ini tempatnya. Sangat cantik! Terletak di Kuang, Selangor, K’Seena House adalah rumah warisan berusia 100 tahun yang mana reka bentuknya kontemporari. Menyediakan kawasan yang lapang dan cantik untuk pelbagai acara yang berbeza seperti majlis perkahwinan, mesyuarat, persembahan dan bengkel. Cef peribadi yang berpengalaman juga disediakan untuk lebih eksklusif. Ia juga menawarkan pakej istimewa untuk bulan puasa dan bagi mereka yang mahu mengadakan rumah terbuka pada hari raya kelak.Informasi : //www.facebook.com/kseenahouse/

5. Wanaka The Bungalow, Damansara Heights




Wanaka The Bungalow sangat sesuai kalau anda mahu mengadakan sidang akhbar yang kecil-kecilan, perkahwinan, sambut hari lahir dan sebagainya. Nampak ringkas, tetapi pasti meninggalkan kenangan buat anda. Informasi : wanakathebungalow@gmail.com

6. Lakesight Venue, Plaza Kelana Jaya



Sangat menarik Lakesight Venue ini. Anda boleh buat sambutan hari lahir, baby shower, perkahwinan semestinya. Paling best berhadapan dengan tasik! Mudah sahaja, anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui maklumat lanjut. Informasi : //www.facebook.com/Lakesight.venue/
 
7. Ciao Ristorante, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur




Sekiranya anda mencari makanan Itali yang asli di Kuala Lumpur, Ciao adalah tempat yang sebenar. Dibuka sejak tahun 1991, Ciao adalah restoran Itali yang tertua di Kuala Lumpur. Restoran ini menyerupai sebuah rumah negara Venetian desa dengan taman yang selesa dan tasik kecil yang menghadap padang golf, dan dengan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi. Mana tahu mahukan kelainan untuk majlis anda. Informasi : //ciao.com.my/

8. Laman Kayangan, Shah Alam



Selain daripada menyediakan makanan dan katering, Laman Kayangan menyediakan sewa tempat yang sempurna di Lembah Klang tidak kira untuk apa jua acara antaranya. Terletak secara strategik di Lembah Klang, tempat mereka mudah diakses. Pekerja mereka akan memastikan acara berjalan dengan lancar. Laman Kayangan merupakan tempat yang unik dan sangat eksklusif, menjadikan ia sesuai untuk majlis perkahwinan, perayaan, konsert, persidangan, pasar, pameran, pelancaran, pertunjukan fesyen, menyeronokkan-larian dan pelbagai jenis acara lain. Mereka turut menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan acara, termasuk pembersihan, katering, keselamatan, audiovisual dan multimedia. Informasi : //www.lamankayangan.com/v2/

9. De’Gouffron, TTDI




Satu perkataan sahaja, sesuai! Tempat yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan. Dari tempat dan segalanya semuanya menarik. Mana tahu anda hendak mendirikan rumah tangga cuti sekolah nanti. Ini pilihan yang tepat. Informasi : //gouffron.com/

10. Glasshouse Seputeh, Taman Seputeh



Terletak di tengah-tengah persekitaran puncak bukit mentah Seputeh, betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur. Lantai ke panel kaca siling dan lantai serba rancangan memastikan tempat duduk yang selesa dan nafas udara segar untuk segala urusan. Pelbagai aca boleh diadakan seperti pelancaran produk, perkahwinan, sambutan hari lahir dan sebagainya. Tempatnya juga luas. Informasi : //www.glasshouse.my/
 

Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}