Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

5 Perkara Anak-Anak Autisme Ingin Anda Tahu

Siapa anak-anak ini berada di dalam dunia tersendiri sehingga sukar difahami? Mereka juga seperti kita, punya rasa dan suara untuk dimengerti.

Ibubapa mana yang tidak rawan apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme. Ada yang membayangkan anak itu bakal gelap masa depannya dan tidak kurang juga mengambil sudut positif menjadikan ikon terkenal seperti Bill Gates, Tim Burton dan Lionel Messi sebagai pembakar semangat. Kejayaan ikon-ikon ini sedikit sebanyak mengubah mentaliti masyarakat sehingga ramai meletakkan anak autisme sebagai anak luar biasa yang bakal melakar sejarah dunia. 

 

Hakikatnya hanya 1 peratus anak-anak autisme ini tergolong dalam kelompok ‘genius’. Jangan kerana 1 peratus ini, 99 peratus yang lain diketepikan. Mereka bukan tidak cerdik tetapi mereka bijak dengan cara tersendiri dan kapasiti tertentu. 

 

 Kredit: Shutterstock

Dianggarkan 1 daripada 68 kes autisme dikesan dan bilangan ini bertambah sebanyak 3 peratus setiap tahun. Bersempena Bulan Kesedaran Autisme April ini dan sambutan 30 tahun Persatuan Austisme Kebangsaan Malaysia (NASOM), pihak CHAMPS mengajak rakyat Malaysia untuk memberi sokongan terhadap keluarga dan kanak-kanak autisme kerana CHAMPS percaya setiap anak-anak ini mempunyai potensi dan mampu bergelar juara, sesuai dengan tagline mereka “Mothers’ Choice for Champions”.

 

Autisme, bukan disebabkan imunisasi semata mahupun rasukan jin, tetapi satu penyakit genetik yang turut dipengaruhi faktor persekitaran sehingga menjejaskan perkembangan saraf dan mental seseorang sehingga menyukarkan pergaulan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan. Simptomnya boleh dikesan seawal usia 2 tahun. Buat anda yang masih kabur, 5 fakta ini mungkin membantu!

 

#1 “Kami Ada Hati & Perasaan”

Kredit: CNN

Penghidap autisme bukan tidak mampu mengekspresikan perasaan tetapi cara mereka mengekpresikan perasaan berbeza daripada insan normal. Mereka memerlukan bantuan serta komunikasi langsung yang tentunya memerlukan masa serta kesabaran. Tidak hairan sekiranya kita mendengar terdapat pasangan autisme berkahwin seperti Nico Morales dan Latoya Jolly seperti yang dilaporkan CNN. 

 

#2 “Sabarlah... Jangan Berhenti Bercakap Dengan Kami”

Siapa kata kanak-kanak autisme gagal melakukan hubungan mata dan tidak bercakap? Hakikatnya sebahagian daripada mereka boleh berkomunikasi secara memandang mata, tersenyum, ketawa serta bercakap. Ada yang masih berusaha bertahun lamanya untuk bertentang mata dan tidak kurang juga yang bercakap menggunakan bahasa isyarat, imej, mahupun komputer. 

 

#3 “Usah Biarkan Kami, Bantu Kami Berdikari”

Walaupun tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini tetapi simptom yang mereka alami boleh dikurang atau diatasi dengan diet yang seimbang, pendidikan dan terapi khas sejak peringkat kanak-kanak. Pesakit autisme juga turut mengalami masalah pencernaan, sensitif terhadap makanan tertentu dan elergi terhadap pelbagai perkara. Usah abaikan pemberian multivitamin bagi membantu memenuhi khasiat harian yang sukar diperoleh daripada makanan biasa. 

 

#4 "Usah Bezakan Kami Kerana Sesiapa Pun Boleh Terkena Autisme"

Autisme tidak mengira bangsa, taraf sosio-ekonomi, pendidikan mahupun jantina. Namun kanak-kanak lelaki lebih berpotensi mengalami autisme sebanyak 5 kali ganda berbanding perempuan. 

 

#5 "Kami 'Genius' Dengan Cara Tersendiri"

Kanak-kanak autisme mempunyai aras IQ berbeza. Ada yang mampu mengingati setiap tarikh lahir rakan sekelas tetapi gagal mengingati nama sendiri, ada yang lambat bertutur dan ada yang langsung tidak boleh bercakap. Kebolehan mereka boleh dibahagikan kepada empat kategori: 

a) Keupayaan Memori
Kebanyakan mereka mempunyai keupayaan mengingat yang sangat tinggi seperti mengingati fakta pada halaman tertentu sebuah ensiklopedia. 

 

b) Bakat Artistik

 

dak2 art.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on

Juna anak autisme Fynn Jamal berbakat dalam lukisan

Mereka berbakat besar dalam bidang lukisan dan seni yang secara tidak langsung meningkatkan deria sensori mereka. Seni juga dipercayai dapat membantu menyalur dan meningkatkan perasaan positif dalam diri anak-anak ini. 

 

c) Kemahiran Kira-Kira

 Kredit: Shutterstock

Sesetengah anak-anak autisme mampu mengingati hari untuk tarikh-tarikh tertentu sepanjang tempoh beberapa tahun. Mereka boleh mencongak dengan lebih cepat berbanding ahli matematik yang menggunakan formula dalam pengiraan.   

 

d) Bakat Muzik
Kebanyakan mereka mempunyai kebolehan mengenalpasti intonasi serta muzik. Jadi tidak hairan jika mereka mampu bermain peralatan muzik tanpa menghadiri sebarang kelas.

 

Tidak salah mempunyai anak-anak autisme tetapi yang salahnya ialah apabila kita melihat semua perkara sebagai normal. Jangan anggap jika kita tiada keturunan autisme atau kerana mempunyai pendidikan yang baik, kita tidak mungkin mempunyai anak autisme. Autisme tidak ada kena mengena dengan keturunan, budaya, taraf pendidikan mahupun usia. 

 

Post Catriona Ross tentang anak autismenya di Instagram

Lihat sahaja bagaimana selebriti seperti Fynn Jamal, Zarina Zainuddin dan Catriona Ross melayani anak-anak autisme mereka. Mereka tidak malu mendapatkan maklumat mahupun berkongsi tentang anak-anak istimewa mereka di media sosial bagi memberi kesedaran dan membuka minda masyarakat tentang penyakit ini. Ingatlah, setiap anak adalah istimewa. Mereka adalah juara tersendiri yang bijak dan berjaya dalam kapasiti serta cara masing-masing.

 

Ayuh sertai kempen “Every Child Is A Champion“ CHAMPS Vitamin C dan NASOM! Setiap pembelian Vitamin C CHAMPS, anda berpeluang menyumbang RM0.50 kepada tabung NASOM. Sumbangan RM0.50 juga akan diberikan untuk setiap muat naik gambar selfie atau gambar berkumpulan dalam pakaian biru di INSTAGRAM dengan #mychampionsnasom sepanjang April hingga Jun ini.

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}