Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

"Alhamdulillah, Banyak Perkara Baik Berlaku Selepas Saya Halalkan Semua Hutang tu. Ada Beberapa Doa Yang Dah Lama Saya Minta, Allah Makbulkan"

Islam itu sendiri membenarkan umatnya untuk berhutang tetapi dengan cara yang betul.

Islam itu sendiri membenarkan umatnya untuk berhutang tetapi dengan cara yang betul. Yang paling penting berhutanglah ikut kemampuan agar kita tidak terperangkap dengan hutang yang berpanjangan.

Untuk keluar dari beban hutang, kita mestilah memperbanyakkan sedekah dan membantu orang lain walaupun kita masih belum keluar dari belenggu  hutang sepenuhnya. Kita perlu menjadi orang yang pemurah untuk keluar dari beban belenggu hutang.

Ikuti perkongsian tentang dari Ustaz Mohd Yazid Ismail yang dimuatnaik di laman Facebooknya tentang kisah orang yang tidak membayar hutang kepadanya selepas meminjam.

Ada ramai yang berhutang dengan saya, tapi tak ada tanda2 nak bayar balik. Dah lama tunggu. Saya ok je, tak kesah pun tapi at least bagitahu la nak minta lewatkan bayaran ke atau minta halal ke.

Kebanyakannya senyap sunyi sepi macam tak pernah ada hutang.

Beberapa bulan lepas, saya bermuhasabah mengenai kematian. Banyak perkara kematian terlintas di hati, dan terfikir betapa sengsaranya perjalanan kehidupan selepas mati bagi orang2 yang ada hutang yang belum selesai. Sedih.

Saya pun bertekad untuk halalkan semua hutang2, agar mereka hidup tenang dunia akhirat. Niat supaya dapat memudahkan urusan sesama muslim. Seperti mana saya tak nak diri sendiri hidup terseksa lepas mati, begitu juga saya tak nak kawan2 terseksa.

Walaupun secara kiraan dunyawi saya macam rugi, tapi hati rasa tenang dan gembira dapat tolong kawan2.

(وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ)
[Surat Al-Baqarah 280]

Ertinya:Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Alhamdulillah..banyak perkara baik berlaku selepas saya halalkan semua hutang tu. Ada beberapa doa yang dah lama saya minta, Allah makbulkan. Dan rezeki makin bertambah. Saya tak tahu ada kaitan dengan hutang tu atau tak, ni semua urusan Allah. Tapi ia berlaku lepas saya sedekahkan hutang2 tu.

Nasihat untuk orang2 yang berhutang..

Ingat hadis ni

“Jika seorang muslim memiliki hutang dan Allah mengetahui bahwa dia berniat ingin melunasi hutang tersebut, maka Allah akan memudahkan baginya untuk melunasi hutang tersebut di dunia”. (HR. Ibnu Majah no. 2399)

Allah akan mudahkan rezeki jika kita ikhlas ingin membayar hutang. Cuba kita perhatikan jika ada orang2 sekeliling yang suka berhutang tapi liat nak bayar, hidup mereka tak berkat dan rezeki susah masuk.

Sumber dari Facebook Mohd Yazid Ismail

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}