Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

Kalau Isteri Nak Bersalin Mesti Nak Suami Kat Sebelah. Penting Sangat Ke?

Kenapa suami kena ada pula kat sisi isteri masa isteri nak bersalin? Bukan senang isteri nak bertarung nyawa seorang diri.

Sumber: Wanista Oleh: Aimi Nordin

Sakitnya melahirkan anak itu seperti separuh mati. Kenapa separuh mati? Kerana wanita bertarung nyawa untuk melahirkan satu nyawa. Masa ni lah wanita memerlukan orang yang sangat penting dalam hidup mereka iaitu suami.

Tapi apa suami boleh buat kalau selain ada di sisi isteri?

1.    Meredakan debaran di hati isteri
Sekurang-kurangnya bila suami ada disebelah kurang sedikit rasa ketakutan dan debaran melahirkan anak.

2.    Motivasi
Kita perlukan seorang yang boleh memberi kita kata-kata semangat dan motivasi dalam apa jua situasi. Jadi dalam situasi ni, suami boleh usap belakang isteri dan cuba tenangkannya yang semua akan baik-baik saja.

3.    Utamakan Isteri
Tak kan nak biarkan isteri bertarung nyawa sorang-sorang kan? Jadi ada di sini isteri untuk sama-sama mengharungi detik paling bermakna dalam hidup sebagai pasangan suami isteri.

4.    Timbulkan keinsafan di hati suami.
Orang tak tengok tak alami tak akan faham bagaimana sukarnya seorang isteri untuk melahirkan seorang anak. Jadi bila suami ada tengok proses tu mesti timbul keinsafan dan akan lebih menghargai pengorbanan seorang isteri. 

Buat kaum lelaki yang bergelar suami, jika isteri anda mengandung temanilah dia di dewan bersalin. Kalau takut darah sekalipun, cukuplah lap peluh di dahi isteri dan cuba untuk mententeramkannnya. 

Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 
 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}