Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

Kesilapan Yang Pernah Dilakukan ‘Business Tycoon’ Ketika Baru Berjinak-Jinak Dalam Dunia Perniagaan

Apa yang anda perlu tahu agar perniagaan anda terus maju!

Ramai orang kaya bermula dengan perniagaan kecil sebelum perniagaan itu diperluas dan dikenali. Mereka yang menceburi bidang perniagaan merupakan golongan yang sentiasa bersedia berhadapan dengan risiko dan sentiasa yakin dengan kemampuan diri.

 

Kredit: Shutterstock

Buat anda yang bercadang atau baru sahaja menceburkan diri dalam perniagaan, ayuh lihat apakah 6 kesilapan utama sering dilakukan peniaga baru yang perlu anda elak bagi memastikan perniagaan anda berjaya!

 

1)    Terlalu mengikut trend semasa

Sebaiknya lakukan kajian terperinci serta strategi pemasaran terbaik untuk produk anda. Berikan maklumat lengkap tentang produk bagi memudahkan pengguna membuat pilihan. Rangka strategi tertentu bagi menarik pembeli mengulang beli produk anda seperti mengeluarkan produk limited edition, dalam kuantiti minima, mengikut musim dan dalam packaging yang eksklusif. 

 

2)    Tidak memaksimakan penggunaan media sosial


Kredit: Shutterstock

Selain Facebook, Telegram, Whatsapp dan Instagram, kemaskini tentang produk anda di Twitter, e-mail dan website. Ia tidak mencukupi dengan hanya menggunakan website perniagaan semata-mata. Lebih banyak platform yang digunakan, lebih meluas pasaran perniagaan anda. 

 

3)    Rekabentuk produk yang kurang menarik perhatian

Ketahui juga rekabentuk yang boleh menarik perhatian pelanggan, serta pengalaman pengguna ketika melayari akaun media social. Tingkatkan kehadiran dan kedudukan anda melalui enjin carian dengan SEO atau Search Engine Optimisation. Perniagaan yang sering berada di kedudukan atas dalam enjin carian lebih mendapat perhatian dan klik.

 

4)    Tidak mengambilkira komen yang negatif 

Kredit: Shutterstock

Ambil kira setiap pandangan serta komen yang diberikan kepada anda. Usah sekadar mendengar komen positif dan mengabaikan komen negatif. Anggap setiap komen negatif sebagai suatu cabaran bagi mencapai kejayaan. 

 

5)     Kurang yakin dengan produk sendiri

Yakin dengan produk dan sentiasa letakkannya pada tahap tertentu. Jangan sesekali memandang rendah terhadap produk anda. Keyakinan yang tinggi terhadap produk sendiri merupakan satu aura positif yang mempengaruhi cara anda memasarkan produk tersebut di pasaran. 

 

6)    Menangguhkan peluang untuk mengembangkan perniagaan

Setiap ahli perniagaan pastinya bercita-cita untuk melihat perniagaan mereka berjaya dan berkembang. Kreativiti dan strategi berkesan menjadi antara perkara penting dalam meletakkan perniagaan anda di tempat lebih tinggi, lebih dikenali dan disebut-sebut para pesaing serta pelanggan. Ramai yang menangguh impian mengembangkan perniagaan kerana kekurangan dana. 

 

Maybank SME Clean Loan/Financing-i dapat membantu anda mencapai misi memperluaskan perniagaan dan membantu melancarkan perniagaan anda tanpa cagaran, tanpa bayaran pemprosesan serta dengan kelulusan segera. Pinjaman ini adalah kerjasama antara Maybank dan CGC, organisasi yang menyokong perusahaan kecil dan sederhana dengan memberi jaminan pembiayaan kepada mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi.

 

 

Anda juga boleh memohon Maybank SME First Account, satu platform penyelesaian perbankan yang merangkumi perbankan internet, sistem pembayaran online secara automatik, kad kredit komersial, kemudahan merchant point-of-sales dan insurans.

 

Kini anda tidak perlu risau lagi tentang masalah kewangan atau kekurangan dana. Berikan tumpuan 100% dalam strategi memperluaskan empayar perniagaan bagi mencapat sasaran yang telah ditetapkan.

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}