Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Inspirasi

Rahsia Dan Amalan Doa Nabi Yusuf Agar Wajah Tampil Cantik Dan Berseri

Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri - seri...

Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri - seri. Sudah diketahui sejak dulu lagi setiap doa dari Nabi Yusuf mempunyai keistimewaan dan salah satu daripadanya ialah untuk membuat penampilan kita lebih cantik dan berseri,

Namun begitu, sentiasalah kita ingat kecantikkan di hati itu lebih diutamakan dan disukai oleh Allah. 

Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa cantik dan berseri boleh amalkan doa berikut :

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:

“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Kredit : Alif Channel  Photo : Elsoar.com


Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}