Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Soal Jawab Imam Muda Asyraf

Rambut Gugur Sebelum Mandi Wajib

Rambut gugur apabila datang haid.Perlukah seseorang itu mengutip rambut yang gugur dan mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur itu...

Untuk minggu ini, Puan Nisha bertanyakan soalan kepada ustaz tentang masalah yang dihadapinya iaitu rambut gugur ketika datang haid. Perlukah dia mengutip rambut yang gugur itu dan mandi wajib sekali dengan rambut yang gugur itu?


Ketika kita mandi wajib, kita hanya disuruh meratakan air ke seluruh badan kita iaitu merangkumi seluruh kulit dan rambut/bulu yang ada pada badan kita.

Kita tidaklah disuruh untuk turut memandikan mana-mana rambut, kuku dan sebagainya yang telah terpisah dari badan kita. Malah para ulamak mengharuskan orang yang berjunub dan wanita yang sedang haid untuk memotong rambut, membuang kuku, dan membuang darah (berbekam) dan sebagainya pada ketika sedang haid atau janabah itu kerana tidak ada dalil yang melarangnya. Dan mereka tidaklah pula mensyaratkan rambut, kuku atau sebagainya yang dipotong atau dibuang itu wajib dihimpun dan dimandikan bersama ketika mandi wajib nanti.

Ikuti penjelasan yang lebih terperinci dan mendalam mengenai isu ini oleh Imam Muda Asyraf.

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}