Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Soal Jawab Imam Muda Asyraf

Solat Sunat Istikharah

Untuk #TanyaImamMudaAsyraf minggu ini, Puan Noor Syahanis bertanyakan tentang solat sunat istikharah...

 

Untuk #TanyaImamMudaAsyraf minggu ini, Puan Noor Syahanis bertanyakan tentang solat sunat istikharah. Kebiasaannya mesti yang lakukan solat sunat ini untuk mencari jodoh tetapi ianya lebih dari itu. Solat sunat Istikharah dilakukan bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan. Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.

Di antaranya;
Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”
 
la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam) pada waktu siang atau malam. Ikuti penjelasan Imam Muda Asyraf tentang isu ini dengan lebih mendalam.

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}