Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Tips Kesihatan

Jumlah Kopi Yang Boleh Diambil Tubuh Anda Dalam Sehari

Jadi berapa cawan kopi yang anda telah minum hari ni?

Sebagai penggemar kopi, anda mungkin pernah membaca banyak kebaikan dan keburukan dari minuman ini bukan? Ada yang mengatakan kopi merupakan sumber penting serat dan juga antioksidan dan ada pula yang mengatakan kopi memiliki banyak kesan buruk seperti peningkatan denyut jantung dan dehidrasi.

Walaupun rata – rata orang tahu kopi banyak meninggalkan kesan buruk tetapi masih ramai yang tidak boleh meninggalkan hobi meminum kopi ini. Menurut portal mydomaine.com penggemar kopi haruslah menyukat berapa kali bilangan kopi yang diambil dalam masa satu hari.

Bagi anda yang terbiasa mengambil dua cawan kopi sehari, secara tidak langsung anda berisiko memperlambatkan metabolisma badan dan meningkatkan risiko terkena penyakit jantung tetapi ia berbeza jika anda hanya melimitkan pengambilan kopi dengan 1 cawan sahaja.

Cara terbaik untuk mengetahui berapa banyak kopi yang boleh diminum dalam sehari adalah dengan memastikan sensitiviti anda terhadap kafein. Jika anda terus merasa cemas dan tidak tentang selepas pengambilan secawan kopi itu bermaksud anda harus mengurangkan pengambilan kopi sebagai minuman anda.

Dan jika anda tidak memiliki sebarang masalah ketika meminum kopi, batasan kafein yang anda boleh ambil adalah sekitar 300 sehingga 400 miligram ataupun bersamaan 3 hingga 4 cawan kopi sehari.

Jadi berapa cawan kopi yang anda telah minum hari ni?

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}