Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Tips Kesihatan

Muka Berminyak? Elak 5 Jenis Makanan Ni

“Eh, muka kau berminyak sangat ni, ni kalau goring telur pon boleh ni.”

Oleh: Amirul Acap

“Eh, muka kau berminyak sangat ni, ni kalau goring telur pon boleh ni.”

Mesti korang ada yang kena bahan dengan member macam tu kan? Orang lain ingatkan muka kita ala-ala glowing gitu, tapi sebenarnya berminyak tu. Lagi sakit hati kulit berminyak buatkan jerawat bermaharajalela. So, kalau korang nak muka bebas dari minyak, cuba korang perhatikan cara pemakanan korang. Mungkin ada makanan yang perlu korang hindari.

1.    Makanan berminyak
Makanan berminyak akan memburukkan keadaan kulit berminyak korang dan mendorong kelenjar kulit mengeluarkan lebih banyak minyak.

2.    Daging merah
Daging merah kaya dengan lemak trans yang merembeskan banyak minyak pada kulit. Cuba hadkan pengambilan daging merah dan gantikan dengan ayam atau ikan.

3.    Produk tenusu
Susu atau produk tenusu juga meningkatkan risiko kulit berminyak. Produk susu menyebabkan hormone menyumbat pori-pori dan buatkan kulit lebih berminyak..

4.    Makanan dan minuman manis
Korang suka makan dan minum benda manis-manis tak? Makanan manis akan mengubah kadar glukos darah dan menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan.

5.    Makanan kaya karbohidrat
Apa? Makanan karbohidrat pon boleh jadi punca? Yes, makanan ni mempunyai indeks glycemic yang tinggi dan cenderung untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada kulit.


Sumber: Hanasuva 

 


 

 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}