Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

Keadaan Mental Saya Tidak Menentu, Ketar Ada, Gembira, Teruja Pun Ada.."

Finalis anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa..

Sumber Astro Awani.

Finalis anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri menyimpan rancangan untuk berswafoto bersama dengan idolanya iaitu Cristiano Ronaldo.

Pemain berbakat kelahiran Kedah yang berusia 29 tahun itu sememangnya teruja dan gementar untuk berkongsi pentas yang sama dengan bintang bola sepak antarabangsa Lionel Messi dari Argentina dan Antoine Griezmann dari Perancis.

"Keadaan mental saya tidak menentu, ketaq (ketar) pun ada, gembira dan teruja pun ada. Tekanan memang tinggi tetapi saya cuba menenangkan diri kerana berada dalam senarai tiga terakhir pun bagaikan satu kemenangan bagi saya.

"Saya harapkan rakyat Malaysia terus mendoakan saya pergi dan balik dengan selamat," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini sebelum berlepas ke Zurich, Switzerland.

Beliau juga mengharapkan rakyat Malaysia terus mendoakan perjalanan pergi dan balik selamat. Selain tu, Mohd Faiz juga berkongsi niatnya untuk mengambil gambar dengan baju Melayu di Zurich jika berkesempatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatakan Faiz sudah mendapat kebenaran daripada FIFA untuk memakai baju Melayu ke anugerah berprestij itu. Bintang muda ini ditemani isterinya Norzawanis Hashim, 29, dan dua anak, Akif Fayyadh, 4, dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan dan beliau juga diiringi imbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah dan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) Mohd Azizudin Mohd Sharif.

FAM mengharapkan Faiz dapat mencipta kejayaan dengan memenangi anugerah yang dicalonkan. Selain tu, semua peminat bola sepak boleh mengunci sehingga anugerah itu bermula iaitu pada 6 petang Isnin waktu Zurich. 

 

Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}