Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

Fenomena Perihelion Dijangka Bermula Esok

Fenomena Perihelion adalah dimana kedudukan matahari

Sumber Sinar Harian.

Fenomena Perihelion adalah dimana kedudukan matahari berada paling hampir dengan permukaan bumi dijangka akan bermula esok.

Datuk Profesor Dr Mohd Zambri Zainuddin, Profesor Pelawat Program Astronomi Islam, Universiti Malaya mengatakan matahari akan berada di titik paling hampir dengan bumi.

“Semasa fenomena berlaku, Matahari akan berada di jarak 147,100,998 kilometer (km) dari Bumi berbanding pada kebiasaannya iaitu di 149,600,000 km.

“Fenomena perihelion berlaku apabila Bumi melengkapkan putaran 365 hari mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips (bujur),” katanya.

Beliau juga mengatakan akan ada sediikit perubahan suhu namun dia tidaklah membahayakan.

Orang ramai juga diminta tidak panik atau cemas memandangkan fenomena ini sering berlaku saban tahun.

“Memandangkan jarak Matahari yang dekat dengan Bumi, ia mungkin akan menyebabkan suhu cuaca sedikit tinggi daripada kebiasaannya, walaupun begitu ia tidak menyebabkan kepanasan yang melampau atau ‘heatwave’.

“Perbezaan saiz Matahari juga dapat dilihat tetapi tidak begitu ketara dan kita di Malaysia tidak dapat melihat fenomena ini kerana ia berlaku pada waktu malam, pukul 10.18 malam,” jelasnya.

Selain itu, para saintis diseluruh dunia akan mengambil kesempatan ini untuk mengambil ukuran radiasi matahari untuk direkodkan. 

 

Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}