Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

#YOUCANDUIT Selangor Meriah Dengan Aktiviti Menarik & Celoteh Radin, Dina & Skuad ERA

Kempen seterusnya di Melaka lebih meriah dengan pelbagai tip jana pendapatan tambahan.

Meriah sungguh kempen #YouCanDuit kedua yang diadakan di Selangor bersempena Hari Belia Selangor pada 5 hingga 7 Mei lalu. Pengunjung yang datang memang sporting habis melayan Radin, Dina dan skuad ERA. Lagi best bila Datuk Rosyam Noor dan Zain Saidin sudi berkongsi tip jana pendapatan tambahan secara digital melalui eRezeki & eUsahawan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk seisi keluarga bersama maskot adiwira Boboiboy dan Didi & Friends yang boleh korang sertai. Lihat sahaja keterujaan pengunjung yang datang ke kempen #YOUCANDUIT Selangor baru-baru ini dalam video ini.

Korang jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke #YOUCANDUIT Melaka bersempena dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan peringkat negeri Melaka pada 19 hingga 21 Mei 2017 (Jumaat hingga Ahad) ini yang diadakan di perkarangan Stadium Hang Jebat. Inilah masa terbaik untuk korang mengetahui cara terbaik meningkatkan pendapatan tambahan melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan bersama mentor kesayangan Datuk Rosyam Noor dan pengusaha bedak sejuk terkenal abad ini  ‘Mak Cun’ sambil berhibur dengan pelbagai aktiviti pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga bersama maskot Upin & Ipin dan Didi & Friends!

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Kempen ini memberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuai serta pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}