Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

#Trending

Tambah Pendapatan Sampingan Melalui Kaedah Digital Dengan eRezeki

Di zaman digital yang kian canggih, sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet boleh menjana pendapatan tambahan....

Di zaman digital yang kian canggih, sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet boleh menjana pendapatan tambahan menerusi kaedah digital dan salah satu program yang memberi manfaat adalah program e-Rezeki.

Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Selain itu, peserta juga dapat mempelajari kemahiran baru, serta menambah pendapatan dengan bekerja untuk syarikat-syarikat terkemuka di seluruh dunia dan tempatan. Program ini dibuka kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah sama ada pelajar, suri rumah, pesara ataupun warga emas.

Pada 7 Mei yang lepas, Shuib, Rahim dan Feeya telah berkunjung ke Pusat eRezeki Shah Alam untuk menyahut cabaran eRezeki MDEC di Sinar bersama dengan 5 orang peserta yang terpilih. Bukan itu sahaja, peserta yang terpilih juga turut diberi latihan dan pembelajaran bagaimana untuk menambah pendapatan mereka melalui kaedah digital dari pakar yang berpengalaman.

Cabaran eRezeki MDEC di Sinar fm dengan kerjasama 8share dan Grab adalah cabaran yang perlu dilakukan oleh peserta terpilih untuk memaksimakan pendapatan dengan menjadi pemandu Grab. Peserta yang mengumpul jumlah pendapatan terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang dan berpeluang menerima tambahan tunai berjumlah RM8000.

Peserta yang terpilih untuk cabaran eRezeki MDEC di Sinar fm adalah Fuza, Mazlina, Siti Raudhah, Fadzil dan Fakhrul. Kesemua mereka ini ingin menambah pendapatan tambahan secara digital melalui program eRezeki.

Menjana pendapatan melalui eRezeki bukan sahaja dengan 8share atau Grab, malah ada jenis tugasan eRezeki yang lain seperti tugasan digital mikro yang memerlukan anda untuk mengisi data ke dalam borang atas-talian, memuat turun dan menguji aplikasi, menyemak dan memadamkan data yang berulang serta berbagai-bagai lagi.

Ayuh, bertindak sekarang! Jom tambah pendapatan dengan kaedah digital melalui program eRezeki dengan mengunjungi Pusat eRezeki yang berhampiran dengan anda ataupun layari laman web //erezeki.my/ms/home-my/ untuk mengetahui segala info tentang eRezeki.

 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}