Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Achey Luah Rasa Syukur Selepas Hasratnya Untuk Melawat Pusara Pak Yus Akhirnya Tercapai

Achey yang merupakan ahli kumpulan Bochey meluahkan rasa syukurnya selepas....

Achey yang merupakan ahli kumpulan Bochey meluahkan rasa syukurnya selepas hasratnya untuk melawat pusara sahabat baiknya iaitu Pak Yus akhirnya sudah tercapai.

Achey menjelaskan dia sudah lama menyimpan niat untuk melawat pusara Allahyarham Pak Yus tetapi atas faktor kekangan masa, niatnya itu sudah beberapa kali tertangguh.

"Sebenarnya saya memang selalu teringat untuk melawat pusara arwah tetapi kerana jadual yang padat menyebabkan saya tidak dapat meneruskan niat saya itu.
 
"Semalam selepas solat Jumaat, saya curi masa memandu ke Kangar untuk menziarah 'abang' saya itu.
 
"Di Kangar saya bertemu dengan sahabat-sahabat arwah Pak Yus dan kami sempat luangkan masa bersama-sama," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Achey turut memuatnaik gambarnya yang berada di pusara Allahyarham Pak Yus pada hari Sabtu yang lepas. Achey juga mengharapkan yang dia sentiasa akan mengunjungi pusara Pak Yus jika mempunyai kesempatan. 

Melalui gambar yang dimuatnaik oleh Achey di Instagram, kebanyakan pengikut Achey juga turut meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham Pak Yus.

Sumber dari Astro Gempak

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}