Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

5 Bulan Berkenalan, Ainam Tasneem Memutuskan Untuk Berkahwin

Penyanyi Ainan Tasneem, 24 sah bergelar isteri..

Penyanyi Ainan Tasneem, 24 sah bergelar isteri kepada jurutera Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi di majlis pernikahan yang diadakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, jam 5.50 petang Sabtu. 

Menurut Ainan dia hanya mengambil masa 5 bulan untuk mengenali bakal suaminya. Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi ,jejaka yang berjaya mencuri hati Ainan Tasneem, nampaknya hebat kerana berjaya membuka hati penyanyi tersebut walaupun hanya berkenalan melalui aplikasi whatsapp.

Melalui temubual bersama Astro Gempak,Ainan berkata “Tempoh perkenalan kami boleh dikatakan singkat sekitar lima bulan tetapi ini semua adalah jodoh yang telah ditentukan oleh Nya untuk satukan kami berdua.

“Ariffuddin seorang lelaki yang baik dan keluarga saya juga menyenangi dengan personaliti dan peribadinya. Malah, keluarga pun merestui hubungan kami untuk bergelar suami isteri dan mereka gembira sekali apabila saya membuat keputusan untuk berumah tangga,”

 

Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}