Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Hans Isaac Pilih Ratu Cantik Sebagai Teman Hidup

Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 45 membuat pengumuman kepada pihak media yang beliau akan menamatkan zaman bujangnya.

Pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac, 45 membuat pengumuman kepada pihak media yang beliau akan menamatkan zaman bujangnya bersama dengan gadis pilihan, Aileen Gabriella Robinson, 28 pada 29 Julai ini.

Hans juga memberitahu yang dia telah bertunang dengan pasangannya pada 29 Januari lalu di gereja Cathedral of the Good Shepherd di Singapura.

Ketika menceritakan detik ketika mereka bertemu, kedua pasangan ini berjumpa buat kali pertama pada tahun 2011 ketika Hans menjadi juri untuk Miss Tourism yang disertai Gabriella. Mereka mula bercinta pada tahun lepas.

Ditanya tentang perkara yang membuatkan Gabriella jatuh hati kepada Hans, dia amat tertarik dengan sikap Hans yang bertanggungjawab serta perwatakannya yang sangat teratur serta sentiasa mengutamakan keluarga. Walaupun jurang usia antara mereka sangat jauh, tetapi itu bukan penghalang untuk memahami hati budi masing-masing.

Hans dan Gabriella akan melangsungkan perkahwinan mereka di Gereja St John Cathedral pada bulan Julai ini.

Sumber dari Astro Awani, Kredit Foto: @officialhlive

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}