Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Janna Nick Kongsi 3 Tips Untuk Memiliki Rumah Di Usia Muda

Ini sepatutnya dijadikan inspirasi atau contoh buat anak muda di luar sana yang ingin memiliki rumah.

Di usia yang muda, pelakon Janna Nick berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki rumah sebagai aset pada masa hadapan. Ini sepatutnya dijadikan inspirasi atau contoh buat anak muda di luar sana yang ingin memiliki rumah.

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang Janna lakukan untuk memiliki aset di usia muda.

Janna kongsikan tiga perkara yang perlu anda lakukan jika ingin membeli kediaman sendiri.

1. Berbelanja secara berhemah

“Alhamdulillah saya berjaya menunaikan hasrat membeli rumah pada usia 21 tahun, sekali gus merealisasikan matlamat sejak mula berkecimpung dalam bidang seni. Tipulah jika tiada keinginan berbelanja, namun nafsu itu dapat dikawal.

2. Rajin dan bekerja keras demi mencapai impian

“Saya memuat naik gambar di Instagram bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya menyuntik semangat kepada rakan sebaya lain bekerja lebih keras demi mencapai impian.

3.  Jangan boros ketika berbelanja, utamakan untuk memiliki aset.

“Usah mengikut gaya berbelanja boros, sebaliknya fokus untuk mengumpul aset.

“Terima kasih kepada peminat, penggiat seni dan media yang membantu saya merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan semua pihak, saya tidak mungkin mampu meraih sasaran ini.”

Sumber: Berita Harian Online, Hanasuva

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}