Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

"Apa Yang Penting, Saya Selesa Berkawan Dengannya" - Akui Jep Sepahtu

Gosip antara Sari Yanti dan Jep Sepahtu semakin lama semakin hangat diperkatakan.

Sumber BH Online.

Gosip antara Sari Yanti dan Jep Sepahtu semakin lama semakin hangat diperkatakan. Namun begitu, ramai yang setuju dan mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Bermula dengan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Jep dan juga Sari Yanti, pasti ramai yang menyangka mereka sedang hangat bercinta. Namun begitu, Jep masih lagi tidak berani mengatakan kenyataan apa -apa selain mengakui yang mereka selesa berkawan. 

“Apabila saya berkawan dengannya, semua pihak tidak kira di sebelah dia atau saya mendoakan yang baik-baik dalam perhubungan ini. Saya hanya mampu mengaminkan doa masing-masing. Tetapi apabila ditanya mengenai status perhubungan kami, sukar untuk saya menjawabnya”

“Apa yang penting, saya selesa berkawan dengannya. Dalam hal ini, saya tidak tahu untuk meletakkan nilai persahabatan kami pada tahap yang mana,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain itu, Jep masih tidak mengetahui bagaimana untuk menilai hubungan mereka. Apa pun  kami sentiasa mendoakan yang baik - baik sahaja untuk Jep dan juga Sari Yanti. 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}