Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

"Saya Berhijab Bukan Kerana Diri Sendiri Atau Kerana Allah"- Sara Ali Dikecam Kerana Isu Hijab

Baru-baru ini, nama Sarah Ali sering menjadi bualan orang ramai setelah dia tampil dengan imej tidak bertudung selepas hampir setahun berhijab.

Baru-baru ini, nama Sarah Ali sering menjadi bualan orang ramai setelah dia tampil dengan imej tidak bertudung selepas hampir setahun berhijab. Rata-rata Netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh Sara Ali ini.

Petang tadi Sarah Ali telah memberi penjelasan tentang langkah yang diambilnya melalui Facebook Live miliknya. Sekali lagi Sara Ali dikecam teruk oleh Netizen kerana memberitahu dia berhijab bukan kerana diri sendiri atau Allah tetapi kerana sesuatu.(Sara Ali tidak mahu menjelaskan perkara ini)

Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini?

Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan).

Tiada ibu atau bapa yang bangga dengan keputusan ini terutama melibatkan urusan agama. Tetapi mereka akur walau tidak bersetuju dengan keputusan ini.

Ya, akan ada impan yang saya sendiri tidak boleh duga. Banyaknya saya nampak daripada sudut negatif, jika ia menjejaskan karier saya tiada apa yang boleh saya buat.

Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu.

Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

Sumber dari Astro Gempak.

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}