Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Saya Maafkan Semua Individu Yang Telah Mengaibkan Saya - Izara Aishah

Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya.

Ekoran gosip hangat tentang Izara Aishah kerana videonya berpakaian tidak sopan viral di laman sosial dan turut tersebar melalui aplikasi whatapps menyebabkan artis cantik ini menanggung malu.

Izara Aishah menerusi laman instagramnya memuat naik status panjang lebar berkenaan video terbabit dan sekaligus memohon maaf kepada orang ramai.. Setiap orang pernah melakukan kesilapan, video itu merupakan video lama dimana Izara sedang menghadiri satu acara fesyen dan ia muncul kembali selepas Izara dan Adib mengumumkan mereka bakal berkahwin pada tahun ini.  

Mungkin ada individu yang ingin menjatuhkan pelakon ini dan jelas Izara, dia kini tidak lagi berpakaian seksi malah sedang berusaha berubah ke arah kebaikan dan tidak lagi tampil di hadapan umum dengan pakaian yang tidak sopan. 

Saya tidak membuat kesilapan yang sama setelah saya meminta maaf. Sebelum ini saya pernah meminta maaf kerana saya pernah memakai pakaian yang tidak sopan. Setelah itu, saya tidak mengulanginya lagi. Waktu majlis yang dalam video itu, adalah sebelum saya pernah memohon maaf kepada semua. Ever since then(maaf), saya terus berusaha berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah Allah ingin menaikkan taraf saya untuk melantikkan saya sebagai seorang isteri tidak lama lagi. Tetapi setelah saya mengumumkan saya akan bernikah pada tahun ini, video lama itu mula muncul. Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum. - Izara Aishah. 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}