Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Saya Tak Pernah Tulis Nama Sesiapa Dalam Instagram Saya- Fasha Sandha

Fasha Sandha telah tampil memberikan kenyataan berhubung isu saman....

Fasha Sandha telah tampil memberikan kenyataan berhubung isu saman yang dikeluarkan oleh pelakon Nora Danish pada minggu lepas berikutan dirinya telah diusir di sebuah majlis.

Fasha menjelaskan buat masa kini dia tidak bercadang membuat sebarang sidang media untuk menjelaskan isu ini malah Fasha akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur majlis Fenomena Aidilfitri, Glass Go Media.

"Saya memberikan kenyataan ini dengan lebih awal kerana saya tidak bercadang mengadakan sebarang PC berhubung perkara ini.

"Saya faham pihak penganjur majlis fenomena Aidilfitri Glass Go Media telah memohon maaf pada saya, tetapi saya masih bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Glass Go Media dan mana-mana pihak ketiga kerana telah memalukan saya.

"Saya tidak pernah sama sekali menulis nama sesiapa di dalam laman instagram saya @fashasandha dan hanya berkongsi tentang perasaan saya tentang apa yang terjadi pada malam tersebut, jadi tidak ada bukti saya memperkatakan keburukan mana-mana pihak sepertimana yang didakwa.

"Laman insta saya adalah untuk pengikut saya dan saya ada hak untuk menulis apa yang saya mahukan dan mana-mana pihak ketiga tidak patut terasa jika pihak ketiga tersebut tidak melakukan perkara tersebut," katanya.

Tambah Fasha lagi dia tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan saman malu di atas tindakan pihak tertentu yang cuba untuk menjatuhkan reputasinya.

"Mana-mana pihak yang menyatakan bahawa saya telah memfitnah  bahawa saya telah memburukkan dan mencemarkan jenamanya, saya akan keluarkan saman malu dan saya sedikit pun tidak takut.

"Sekiranya mana-mana pihak berada di pihak benar, pengikutnya dan pelanggan jenama pihak tersebut tidak akan beralih arah. Itu adalah komen yang tidak masuk akal," tambah Fasha.

Kontroversi di antara Fasha Sandha dan Nora Danish mula tercetus apabila Fasha mendakwa dirinya telah dihalau dari sebuah majlis dan kemudian meluahkan rasa tidak puas hati di Instagram miliknya.

Sumber dari Astro Gempak

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}