Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Cerita Artis

Shuib Ingin Naik Pelamin Lagi

Selepas seronok bersanding di ulangtahun keenam perkahwinan

Selepas berpeluang bersanding di ulangtahun keenam perkahwinan, Shuib Sepahtu menyatakan hasrat ingin naik pelamin sekali lagi. Kali ini, Shuib mahu bersanding pada ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 12 tahun iaitu enam tahun dari sekarang.

Kata Shuib, persandingan adalah majlis yang sangat bahagia buatnya. Kalau kami buat majlis tersebut pada hari perkahwinan sebenar enam tahun dulu, kami tak rasa kepuasan seperti ini. Jadi tak salah kalau kami buat lagi. Kalau ada rezeki, ulang tahun yang ke-12 nanti saya nak bersanding lagi” kata Shuib ketika ditemuramah pihak mStar Online.

Tambah Shuib lagi, apa yang dilakukan olehnya adalah untuk menghangatkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri. Selepas majlis persandingannya yang berlangsung baru-baru ini, Shuib menjelaskan hubungan cinta mereka seolah-olah mula berputik kembali.

Namun ada sesetengah pihak yang mempertikaikan niat murni Shuib ini dan bagi Shuib dia tiada masa untuk melayan perkara remeh ini. Apa yang dilakukannya adalah untuk menyemarakkan lagi hubungan mereka dan pada masa yang sama dapat mengumpul kesemua adik beradiknya dan Siti Sarah.

Sumber dari Rotikaya & mStar Online

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}