Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Omnomnom

12 Resepi Sambal Yang Jadi Penambah Selera Orang Malaysia

Sudah menjadi adat masyarakat Malaysia bila nak makan mesti kena ada sambal.

1170

Oleh Razzlyn Rosli. Sumber Facebook Resepi Sedap.

Sudah menjadi adat masyarakat Malaysia bila nak makan mesti kena ada sambal untuk boost kan lagi kesedapan makanan tu kan? Tak kira lah sambal belacan, sambal kicap, sambal ikan bilis ke dan banyak lah lagi jenis sambal lain.

Kalau orang putih biasa diorang ada pelbagai jenis sos untuk jadi pencicah. Haa kira sambal ni samalah lah function dia macam sos.

Disini kami nak kongsikan 11 resepi sambal Malaysia untuk menjadi sos “Master Piece” kaum ibu dan isteri dirumah. :)

  1. Budu

12108091_956589951127039_8753324175763995737_n

Bahan – Bahan: 
Budu
Cili padi
Bawang merah
Asam limau

 

Cara Menyediakan:
Campurkan budu dgn cili, bwang merah.
Pecahkan cili dengan jari.
Perahkan asam limau.

 
2. Cencalok
 
993565_956589971127037_8568631541810700324_n
 
Bahan – Bahan: 
Cencaluk
Cili padi
Bawang merah dimayang
Asam limau kasturi @ limau nipis

 

Cara Menyediakan:

Masukkn cencaluk dlm bekas
Campurkn hirisan cili padi & bawang
Perahkan asam limau
 
3. Sambal belacan kulit limau
 
12923264_956589974460370_3014561315370791186_n

 

Bahan – Bahan: 

Cili padi
Lada merah besar
Sedikit gula dan garam
Belacan yang telah dibakar
Limau nipis atau kasturi
 
Cara Menyediakan:
Tumbuk atau kisar semua bahan diatas kecuali limau
Perahkn asam limau nipis @ kasturi
Potongkn kulit limau kasturi
Campurkan dlm sambal belacan

 

 

4. Sambal kicap cili potong  

12932726_956590001127034_826784631800904308_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi dipotong
Bawang merah dimayang
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis

Cara Menyediakan:
Campurkn kicap dgn bahan2
Perahkn asam limau.

 

5. Sambal Tempoyak

12472442_956590011127033_54522203711496514_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi
Garam kasar
Tempoyak

Cara Menyediakan:

Tumbuk cili padi dengan garam kasar.
Then campurkn dgn tempoyak.

 

6. Air Asam Lada Picit

12936625_956590027793698_3099763608011737133_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi
Sedikit belacan yg telah dibakar
Sedikit Asam jawa
Gula
Garam
Sedikit Air masak

Cara Menyediakan:

Masukkan semua bahan dlm mangkuk.
Masukkan sedikit air masak.
Picit dan pecahkan cili dan bahan-bahan dengan hujung jari

 

7. Sambal Gesek

12931035_956590044460363_5227561746999679476_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi
Garam kasar
Ikan bilis
Limau kasturi @ limau nipis


Cara Menyediakan:

Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh.
Tumbuk kasar.
Perahkan asam limau.

 

8. Sambal Kuini

12417576_956590074460360_113100376246203692_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi
Garam kasar
Ikan bilis
Limau kasturi @ limau nipis


Cara Menyediakan:

Tumbuk cili padi dengan garam kasar..dah agak hancur cili tu, masukkan pulak ikan bilis yang sudah dibasuh.
Tumbuk kasar.
Perahkan asam limau.

 

9. Sambal Ikan Bilis Petai + Tempoyak

12800268_956590114460356_6403548268251298421_n

Bahan – Bahan: 
2 cawan ikn bilis
1 cawan petai
1/2 cawan tempoyak
2 labu bawang besar dimayang
20 biji cili api*
4 ulas bwag putih* ( bahan bertanda * ditumbuk hancur)
Sedikit garam dan gula


Cara Menyediakan:

Goreng ikan bilis dan petai sehingga garing dan ketepikan.
Tumis cili dan bwg putih yang telah ditumbuk.
Masukkan tempoyak.
Kemudian rasakan garam dan gulanya.
Masukkan ikn bilis dan petai yg telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan bawang.

 

10. Ikan pekasam

12803265_956590144460353_6546971801737029988_n

Bahan – Bahan: 
Ikan pekasam
Bawang merah dimayang
Cili padi dipotong2
Asam limau


Cara Menyediakan:

Ikan pekasam goreng
Masukkan cili dan bawang
Perahkn asam limau..

 

11.Sambal Kering Ikan Bilis Cili Padi

12931022_956590177793683_3050419609340875744_n

Bahan – Bahan: 
Ikan bilis 2 cawan
Cili padi 30 biji
Bawang putih 6 ulas
Bawang merah 12 ulas

Sedikit gula dan garam


Cara Menyediakan:

Semua bahan diatas ditumbuk kasar..
Goreng dalam minyak yang panas sehingga garing.
Rasakan garam dan gulanya.

 

12. Sambal kicap 12376310_956590204460347_264814129490489018_n

Bahan – Bahan: 
Cili padi
Bwg putih
Kicap manis
Sedikit garam dan gula
Bwg goreng.
Asam limau kasturi


Cara Menyediakan:

Cili padi dan bawang putih digoreng dengan minyak sekejap
Tumbuk lumat
Masukkan gula, garam dan kicap manis.
Perahkan asam limau.

*Kalau nak pekat sambal kicap tu masukkn bawang goreng.


Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 

 

 

Filled Under :

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}