Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

Omnomnom

Nestum Ice Jadi Rebutan

Nestum Ice yang kalau tengok mesti nak rasa.
Oleh Ezaura Rafe, Sumber Masak Apa Hari Ini

Waktu ni sesuai sangat kalau kita dah mula buat keputusan nak buat biskut apa untuk hidang kat tetamu raya ni kan, nahh biskut Nestum Ice yang kalau tengok mesti nak rasa. Paling penting resipinya senang dicari, mudah dibeli..hehe
 
Biskut Ice Nestum

Bahan-bahan
Biskut dasar;
250 gm mentega
90 gm gula castor
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanila
100 gm nestum-kisar halus
300 gm tepung gandum
1 tbs tepung jagung

Topping;
100 gm putih telor
300 gm gula aising-ayak
1 tbs tepung jagung
*tbs - tablespoon
*tsp – teaspoon
 

Cara-caranya
Satukan tepung gandum, tepung jagung dan nestum yang telah dikisar halus. Ketepikan.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan vanila dan pukul lagi. Masukkan kuning telur dan pukul.
Masukkan tepung yg dicampur tadi kedalam adunan. Uli sebati.
Canai dan terap dengan menggunakan acuan bulat sebesar saiz syiling 20 sen sehingga adunan habis.
Sementara itu dalam mangkuk berasingakan pukul telur sehingga berbusa dan berbuih.
Masukkan gula icing dan pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung jagung dan pukul sehingga kental (adunan tidak akan jatuh jika mangkuk mixer diterbalikkan). Bagi yg topping bewarna boleh masukkan pewarna dan kaupbalik.
Sediakan plastik dan nozel bulat untuk dipaip topping biskut. Paipkan adunan meringe tadi ke atas adunan biskut sehingga habis.
Bakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit bergantung pada oven masing-masing. Pastiń∑an meringue/topping ranggup.
Sekian. Selamat mencuba.













 
Dengar Sinar fm menerusi dengar.sinar.fm
 
 

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}